X Promosi sasar RM100 juta projek perunding runcit - Utusan Malaysia

X Promosi sasar RM100 juta projek perunding runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Perunding pemasaran runcit, X Promosi (M) Sdn. Bhd. sedang memuktamadkan projek bernilai RM100 juta di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gary Chin Chee Hong berkata, syarikat juga merancang untuk memperluas perniagaannya ke Australia dan New Zealand dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, ia merupakan tambahan kepada mengkaji potensi perniagaan di rantau ini, Eropah dan China.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihaknya menyambut baik rakan kongsi baharu untuk menyediakan lebih banyak suntikan modal ke dalam perniagaan.

“Modal yang dikumpulkan akan digunakan dengan baik untuk menjana lebih banyak keuntungan untuk syarikat dan pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

X Promosi yang mula beroperasi pada 2015 dipercayai sebagai peneraju pasaran semasa di Asia Tenggara dengan portfolionya merangkumi label besar seperti Dairy Farm, Tesco, Carrefour, 7-Eleven, Aeon Big, Caltex, FamilyMart dan VinMart. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini