Wipro sasar perolehan AS$2 bilion menjelang tahun 2023 - Utusan Malaysia

Wipro sasar perolehan AS$2 bilion menjelang tahun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Syarikat penjagaan diri, Wipro Consu­mer Care (Wipro) menyasarkan meraih jualan berjumlah AS$2 bilion (RM8.3 bilion) menjelang tahun kewangan 2023.

Presiden Rantau Asia Tenggara dan Asia Barat – Afrika Utara (MENA) Wipro, Kumar Chander berkata, syarikat juga berhasrat untuk menjadi antara tiga pemain utama bagi segmen penjagaan diri di Asia susulan pengambilalihan syarikat penjagaan diri dari Filipina, Splash Corporation.

Beliau berkata, pengambil­alihan Splash akan mengukuhkan portfolio jenama di bawah Wipro sekali gus melengkapkan pasarannya di seluruh Asia Tenggara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengambilalihan Splash ini juga akan terus mengukuhkan kedudukan kami di Filipina yang merupakan pasaran penjagaan diri dan kecantikan ketiga terbesar di rantau ini dengan nilai lebih AS$4 bilion (RM16.6 bilion),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Perniagaan Antarabangsa Wipro, Deepak Chandran; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Splash, Dr. Rolando B. Hortaleza dan Pe­ngurus Besar Jualan dan Pemasaran Antarabangsa Splash, Marco Manuel Nieto.

Wipro hari ini mengumumkan pengambilalihan Splash yang juga merupakan pengambilalihan terbesar sejak syarikat mengambil alih syarikat Malaysia, Unza pada 2007.

Sementara itu Chandran berkata, pihaknya melihat terdapat peluang yang besar untuk memanfaatkan kebolehan kedua-dua syarikat dalam pembuatan, pendapatan sumber penyelidikan serta pembangunan.

Dalam pada itu Nieto berkata, Wipro berkongsi hala tuju yang sama dengan Splash untuk membina jenama kukuh berdasarkan maklum balas daripada pengguna tempatan.

“Dengan kepakaran pemasaran dan jaringan antarabangsa Wipro, kami boleh menawarkan jenama-jenama kami kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, Filipina dan rantau sekitar­nya,” katanya.

Splash merupakan syarikat penjagaan diri terbesar di Filipina dan antara jenama di bawahnya termasuklah SkinWhite, Maxi-Peel dan Vitress.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini