GENEVA 27 Mei – Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) buat pertama kalinya mengiktiraf tekanan akibat pekerjaan atau di tempat kerja sebagai satu penyakit.
Channel News Asia melaporkan, penyakit itu didefinisikan sebagai ‘sindrom yang ditunjukkan akibat tekanan kronik di tempat kerja dan tidak diselesaikan dengan baik’.
Sindrom bagi penyakit tersebut dikategorikan dalam tiga dimensi iaitu pertama, perasaan keletihan, peningkatan perasaan negatif mengenai kerja dan ketiga, penurunan kadar kerja. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











