MARAN – Seorang suami terbunuh apabila kereta yang dipandu oleh isterinya terbabas di Kilometer 172.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Tay Meng Kiow, 69, yang beralamat di Kuala Terengganu meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kereta Mercedes Benz yang dipandu isterinya, Sew Yoon Yin,…