Warga emas cedera akibat gas memasak bocor - Utusan Malaysia

Warga emas cedera akibat gas memasak bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 27 Mei – Seorang wanita warga emas cedera selepas berlaku satu letupan kecil dipercayai akibat kebocoran gas memasak di rumahnya di Rumah Pangsa Seri Pauh, Permatang Pauh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, wanita tersebut yang berusia 78 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, kejadian itu turut mengakibatkan cermin tingkap pada bahagian dapur pecah selain kabinet dapur turut rosak dan beberapa pintu tertanggal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, selepas tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati berlaku kebocoran gas yang mengakibatkan berlaku letupan di dalam rumah itu.

“Seorang mangsa warga emas berumur 78 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini