TIGA tahun bergelar penyanyi sudah cukup membuka mata Wany Hasrita untuk lebih berhati-hati dalam mengemudi kariernya. Biarpun dikelilingi individu yang sering memberikan aura positif, namun wanita berusia 27 tahun itu mengakui, hampir tergelincir daripada laluan hidupnya ketika sedang rancak membina nama. Pernah alpa sehingga mengingkari nasihat ibunya sendiri, Wany berkata, jalan hidupnya pada waktu tersebut boleh disifatkan sebagai mirip judul lagu terbaharunya, Terlalu Memuja. Pemilik nama lengkap Nurshazwany Hasrita Hasbullah…










