Wanita warga Myanmar ditemui maut tergantung di jeriji pintu masuk - Utusan Malaysia

Wanita warga Myanmar ditemui maut tergantung di jeriji pintu masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang wanita warga Myanmar ditemui maut dalam keadaan tergantung di jeriji pintu masuk utama sebuah premis dua tingkat di Jalan Medan Ipoh 3, Bandar Baru Medan Ipoh di sini lewat petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada pemilik premis pada pukul 6.30 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di tempat kejadian, wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan berusia lingkungan 30-an yang masih lengkap berpakaian itu berada dalam keadaan tergantung di jeriji pintu masuk utama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikesan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Ali, pihaknya bagaimanapun menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai suami mangsa dan datang membuat bising di lokasi berhampiran sebelum kejadian tersebut berlaku. 

“Siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki tersebut menyewa sebuah bilik di premis berkenaan

“Kita akan memeriksa identiti mangsa di kedutaan mereka atau Suruhanjaya Pertubuhanan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya. 

Katanya, mayat wanita tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses bedah siasat. 

“Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini