IPOH 2 Mei – Seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Besi, Kampung Baru Buntong di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Lee Soo Nooi, 66, yang buta sebelah mata tinggal di rumah sendirian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Subri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.56 pagi. Menurutnya, anggota…










