Wanita warga emas maut dirempuh motosikal - Utusan Malaysia

Wanita warga emas maut dirempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Seorang wanita warga emas maut dirempuh sebuah motosikal ketika melintas di Jalan Sentul Pasar berhampiran Pasar Raya Ong Tai Kim di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi itu, mangsa, Rohani Nawi, 68, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pelajar lelaki berusia 19 tahun yang menaiki motosikal tersebut cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dilanggar ketika melalui lorong paling kiri dan tercampak ke lorong tengah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Motosikal tersebut pula terbabas melanggar pembahagi jalan menyebabkan penunggangnya, Ainul Zulfikar Haziq Ainul Hakimi patah rahang dan cedera pada anggota badan manakala rakannya, Aiman Shahrizal Abdul Talib luka di tangan.

“Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zulkefly , kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini