TUMPAT 3 Mei – Seorang wanita bukan sahaja cedera pada bahagian tangan, kepala dan muka, malah kerugian RM1,700 selepas wang tunai dan rantai emas miliknya disamun dalam kejadian di Kampung Pauh Sebanjar, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu, mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong dengan menunggang sebuah motosikal. Difahamkan, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mendekatinya dari arah belakang dengan salah seorang suspek bertindak menarik beg tangannya yang berada dalam raga sebelum menolak mangsa sehingga terjatuh dari motosikal.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya