Wanita dibedah 30 kali potong anggota badan - Utusan Malaysia

Wanita dibedah 30 kali potong anggota badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang ibu telah menjalani 30 pembedahan memotong anggota badan dalam tempoh enam tahun lalu berikutan penyakit dikenali sebagai raynaud, skleroderma dan lupus yang dihidapinya, lapor akhbar The Sun UK.

Sarah Cox yang berasal dari Bristol dekat sini mula menyedari tentang penyakitnya itu ketika dia masih di bangku sekolah dengan gejala dihidapi termasuk tangannya akan bertukar menjadi warna ungu jika cuaca sejuk.

Dia menjalani pembedahan pertamanya pada usia 24 tahun selepas dia melahirkan anak sulungnya, James. Pembedahan tersebut menyaksikan kuku jarinya terpaksa dibuang kerana ia menyebabkan dia berasa sangat sakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bermula dari saat itu sehingga ke hari ini, hampir kesemua jari tangan dan satu jari kakinya telah dipotong dan Cox sudah dapat menerima keadaannya itu.

“Saya menguatkan semangat dengan memberitahu diri bahawa saya perlu meneruskan hidup demi keluarga dan selagi boleh mengharungi keadaan itu, saya tetap akan bertahan,” katanya.

Cox kini menghabiskan masanya dengan berkongsi kisah hidup dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit-penyakit kronik yang dihidapinya.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia sentiasa tabah menghadapi dugaan dihadapinya kerana ada masanya Cox turut berasa gusar lebih-lebih lagi apabila mengenangkan nasib James sekiranya dia meninggal dunia.

“Ada masanya saya juga berasa khuatir, menangis malah berasa keseorangan apabila mengharungi dugaan ini saban tahun. Begitupun, saya seorang yang tabah dan bertekad untuk meneruskan hidup ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini