KUALA LUMPUR 2 Mei – Aksi bertenaga yang dipamerkan oleh pasukan ranking ke-24 dunia Wales membolehkan mereka menamatkan kempen Siri Akhir FIH di tempat kelima terbaik selepas menewaskan China dengan keputusan 3-2 dalam aksi klasifikasi lima-enam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut tiga gol Wales dijaringkan menerusi Jacob Draper pada minit keempat, Gareth Furlong pada minit ke-25 dan James Carson pada minit ke-27.
Sementara itu, pasukan ranking ke-14 dunia, China hanya mampu menamatkan aksi di Kuala Lumpur di tempat keenam keseluruhan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dua gol China dalam aksi klasifikasi berkenaan dijaringkan oleh Dong Yang pada minit ketiga dan Su Lixing pada minit ke-50.- UTUSAN ONLINE











