ARAU 3 Mei – Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam disambut sinis oleh para petani di negeri ini yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal. SAIFULLAH ABI JAMRAH Pesawah, Saifullah Abi Jamrah, 34, berkata, tidak pernah lagi dalam sejarah hidupnya sebagai petani mendengar cadangan menanam padi pada waktu malam. Katanya, sebelah malam adalah waktu sesuai untuk mereka berehat selepas seharian penat mengusahakan tanaman tersebut.…










