[VIDEO]Faktor jantina bukan tekanan bagi Tengku Maimun - Utusan Malaysia

[VIDEO]Faktor jantina bukan tekanan bagi Tengku Maimun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Mei – Datuk Tengku Maimun Tuan Mat tidak merasakan faktor jantina wanita adalah satu tekanan baginya untuk menggalas tanggungjawab dan cabaran sebagai Ketua Hakim Negara.

Ujar Tengku Maimun, tekankan seharusnya diletakkan atas dasar jawatan kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama ada seseorang hakim itu lelaki atau wanita.

“Secara jujurnya saya tidak merasakan tekanan itu daripada segi saya sebagai wanita, bagi saya jantina tidak memberi kesan secara menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi tekanan itu atas dasar jawatan itu, tentu ia menuntut satu tanggungjawab besar, jadi sama ada seorang itu wanita atau lelaki memegang jawatan ini, ia sama bagi saya,” katanya di pejabat Ketua Hakim Negara, Istana Kehakiman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertama selepas mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini