KUALA LUMPUR 28 Mei – Sejarawan dan ahli akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di bawa ke Nirvana Memorial Park (Nirvana) Sungai Besi, dekat sini bagi upacara penghormatan.
Mendiang yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.
Menurut anaknya, Eddin Khoo upacara penghormatan terakhir akan diadakan esok manakala majlis pengebumian pula diadakan kira-kira pukul 10 pagi pada Sabtu ini.
“Untuk hari ini, tiada apa-apa majlis diadakan namun, mayat di bawa ke sini untuk disimpan.
“Majlis penghormatan terakhir akan diadakan esok dan majlis pengebumian dijangka akan diadakan pada Sabtu ini kira-kira pukul 10.30 pagi bermula di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.
Beliau juga merupakan seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969. – UTUSAN ONLINE











