SEREMBAN – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 73, menyampaikan ceramah di Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan dekat sini malam tadi sebelum dia disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi tadi. Setiausaha surau itu, Allaudin Shah Maidin Syed berkata, Allahyarham menyampaikan kuliah bertajuk ‘Di Ambang Ramadan’ di hadapan kira-kira 150 jemaah surau berkenaan bermula kira-kira pukul 8 malam. “Pada akhir kuliah itu, Allahyarham membenarkan para jemaah…










