[VIDEO] Jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti dekat sini malam ini.

Sebelum itu, jenazah Siti Kharina, 40, tiba di kampung halamannya di Kampung Tengah, pada 6.15 petang tadi.

Jenazah kemudiannya dibawa ke dalam rumah untuk tatapan terakhir anggota keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith antara 100 hadirin yang datang menziarah jenazah Allahyarham.

Misteri kehilangan Siti Kharina yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya semalam. Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini