[VIDEO] Dua model Proton Exora 2019 dilancar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua model Proton Exora 2019 dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 28 Mei – Proton Exora 2019 dengan wajah baharu dilancarkan hari ini dengan tawaran harga serendah RM59,800 bagi model Executive 1.6 T CVT termasuk harga atas jalan.

Bagi varian Premium 1.6T CVT pula, harga yang ditawarkan adalah pada RM66,800.

Majlis pelancaran itu diadakan di Pusat Kecemerlangan Proton di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed.

Chunrong dalam ucapannya memberitahu, pelbagai ciri menarik ditawarkan pada kali ini termasuk komunikasi pintar di antara pemandu dengan kenderaan yang dinaiki.

KETUA Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li Chunrong (kanan) bersama
KETUA Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li Chunrong (kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PONSB, Datuk Radzaif Mohamed pada majlis pelancaran kereta Proton Exora 2019 di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE / FAUZI BAHARUDIN

Selain itu, katanya, Proton juga menawarkan kemudahan internet percuma dengan kapasiti satu Gigabit sebulan selama lima tahun.

“Kedua-dua model baharu ini amat tepat untuk keluarga pulang ke kampung halaman pada musim perayaan ini.

“Mereka yang mendaftar pada tahun ini akan mendapat kos upah buruh percuma selama lima tahun dan dua tahun cukai jalan percuma untuk kenderaan persendirian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini