[VIDEO] Bergaya bersama Pandora di Aidilfitri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bergaya bersama Pandora di Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Khusus buat peminat koleksi barangan kemas Pandora, ceriakan Hari Lebaran anda dengan koleksi ‘Raya moments with Pandora’ bertemakan Balik Kampung.

Koleksi barangan kemas ini hadir dalam bentuk cincin, subang, rantai, gelang tangan dan juga rekaan charms terbaharu, yang sesuai digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Buat pengunjung yang hadir pada pameran jualan di ruang tengah Pusat Beli Belah Pavilion yang berlangsung sekarang sehingga 13 Jun ini,  Pandora menawarkan potongan harga sebanyak 15 dan 25 peratus bagi jumlah pembelian yang disertakan dengan pembelian gelang tangan eksklusif Pandora.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kali ini, Pandora hadir dengan rekaan charms yang baharu dan menarik serta sesuai untuk digayakan pada Hari Lebaran nanti,” kata Pengarah Urusan Pandora Malaysia dan Brunei, Datin Seri Zarida Noordin pada majlis pelancaran koleksi tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib.

Pandora
(Dari kiri) Pelakon Amar Baharin; Pengerusi Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib; Pengarah Urusan Pandora Malaysia dan Brunei, Datin Seri Zarida Noordin; dan pelakon Amyra Rosli pada majlis pelancaran koleksi ‘Raya moments with Pandora’, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Majlis ini turut diceriakan dengan kehadiran pasangan selebriti Amyra Rosli dan suami, Amar Baharin yang turut menggayakan koleksi terbaharu itu.

Barangan kemas Pandora yang diperbuat daripada perak sterling .925 dan emas 14k terdiri daripada koleksi cincin, rantai dan gelang tangan turut hadir dengan butiran charms yang boleh dibeli berasingan serta digayakan mengikut cita rasa tersendiri si pemakai menjadikannya koleksi yang unik dan tersendiri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini