UOB jangka keuntungan operasi lebih tinggi - Utusan Malaysia

UOB jangka keuntungan operasi lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – United Overseas Bank Ltd. (UOB) menjangkakan keuntungan operasinya akan terus berkembang seiring dengan usaha bank itu untuk memperkukuh kesalinghubungan di peringkat serantau, menjalin kerjasama yang saling menguntungkan bagi menembusi aliran intra serantau serta peluang pertumbuhan di rantau ini.

Timbalan Pengerusi merangkap dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wee Ee Cheong berkata pada masa ini, lebih 40 peratus keuntungan operasi kumpulan UOB itu diperoleh dari luar Singapura.

“Ini termasuk hampir 80 peratus daripada operasi kami di ASEAN dan China,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wee turut menyifatkan pengetahuan mendalam bank itu dalam soal domestik, kepakaran sektor dan rangkaian di serata ASEAN dan China akan membolehkan mereka membantu pelanggan dan menangani kesukaran dalam landskap yang serba pelbagai. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini