Untung bersih Sunway naik kepada RM151.94 juta - Utusan Malaysia

Untung bersih Sunway naik kepada RM151.94 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Untung bersih Sunway Bhd. meningkat (Sunway) kepada RM151.94 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2019 daripada RM136.20 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Sunway dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu berkata hasil untuk suku yang sama bagaimanapun merosot 12.3 peratus kepada RM1.12 bilion berbanding RM1.28 bilion tahun lepas disebabkan oleh sumbangan yang rendah daripada semua segmen perniagaan, kecuali pelaburan hartanah dan penjagaan kesihatan.

Mengenai prospek, kumpulan itu yang akan meneruskan pendekatan yang lebih bijak dalam melaksanakan strategi perniagaannya, yakin perniagaan yang pelbagai dan sinergi berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi cabaran ekonomi dan memanfaatkan peluang yang mungkin muncul.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu, kedudukan kewangan kumpulan berkenaan tahun ini dijangkakan terus memuaskan, jika tiada sebarang halangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini