Untung bersih suku pertama UMW RM86.5 juta - Utusan Malaysia

Untung bersih suku pertama UMW RM86.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Keuntungan bersih UMW Holdings Bhd. (UMW) naik kepada RM86.50 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019 daripada RM74.08 juta dalam suku tahun sama pada tahun lepas berikutan kerugian daripada segmen minyak dan gas (O&G) tidak tersenarai telah berkurangan.

.

UMW dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, penggiat automotif itu berkata kerugian yang lebih rendah dalam O&G tidak tersenarai disebabkan operasinya yang dikurangkan sejajar dengan strategi penjualan segmen O&G.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perolehan turut meningkat kepada RM2.77 bilion daripada RM2.42 bilion sebelum ini, didorong oleh penampilan yang lebih baik daripada tiga segmen perniagaan terasnya, iaitu automotif, peralatan serta pembuatan dan kejuruteraan (M&E).

Sementara itu, UMW berkata, perolehan daripada segmen automotif naik 15.2 peratus tahun ke tahun kepada RM2.16 bilion disebabkan jumlah kenderaan yang dijual lebih tinggi pada suku pertama 2019.

“Segmen peralatan mencatatkan perolehan sebanyak RM382.8 juta berbanding RM373 juta pada suku pertama 2018 didorong oleh jualan yang lebih baik dalam perniagaan peralatan berat.

“Perolehan segmen M&E melonjak 40.7 peratus tahun ke tahun kepada RM237.1 juta pada suku pertama 2019 disumbangkan oleh perniagaan aeroangkasa,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini