Untung bersih suku pertama KLCCP RM183.9 juta - Utusan Malaysia

Untung bersih suku pertama KLCCP RM183.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – KLCCP Stapled Group (KLCCP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM183.95 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019 meningkat 1.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

KLCCP terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC Real Estate Investment Trust.

KLCCP dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, kedua-dua segmen pejabat dan runcit mencatatkan pertumbuhan keuntungan tahun ke tahun, tetapi operasi hotel merekodkan kerugian disebabkan oleh persaingan sengit dalam pasaran bankuet dan susut nilai lebih tinggi ke atas bilik-bilik yang telah diubahsuai sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil meningkat kepada RM353.45 juta berikutan sumbangan kukuh daripada segmen runcit dan perkhidmatan pengurusan.

“Keuntungan sebelum cukai segmen pejabat meningkat 0.9 peratus tahun ke tahun kepada RM121.42 juta dalam suku tersebut manakala hasil hampir tidak berubah sebanyak RM149.33 juta terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan rendah dan pemulihan tinggi caj utiliti di Menara ExxonMobil,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini