Universiti Hamka bakal diwujudkan di Perlis - Utusan Malaysia

Universiti Hamka bakal diwujudkan di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 3 Mei – Perlis berbesar hati dan mengalu-alukan dengan hasrat pihak Universiti Muhammadiyah, Indonesia untuk menubuhkan Universiti Hamka di negeri ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang berkongsikan perkembangan gembira itu di status Facebooknya di sini hari, berharap agar hasrat tersebut dapat ditunaikan.

Katanya, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan memberikan kerjasama sebaiknya untuk merealisasikan impian penubuhan universiti itu di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih semua yang terlibat. Tadi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta saya dan pasukan mencari beberapa tapak yang sesuai untuk dicadangkan.

“Insha-Allah kami menunggu kedatangan mereka. Terima kasih juga Menteri Pendidikan yang membantu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini