HUDDERSFIELD 5 Mei- Harapan Manchester United untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara musim depan telah berakhir selepas terikat seri 1-1 dengan pasukan yang sudah tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Huddersfield Town, di Stadium John Smith sebentar tadi.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer bermula baik apabila seawal minit kelapan menerusi pemain muda, Scott McTominay.
Bagaimanapun, Isaac Mbenza berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-60 untuk menyekat hasrat United membawa pulang tiga mata berharga.
United sekadar memenangi dua perlawanan daripada 11 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan manakala Huddersfield berjaya melebarkan rekod lapan perlawanan tanpa tewas.
Selepas 37 perlawanan, Red Devils sekadar mengumpul 66 mata dan akan melengkap perlawanan terakhir liga menentang Cardiff City pada 12 Mei nanti di Old Trafford. – AFP











