KUALA LUMPUR 2 Mei – Universiti Malaya (UM) menjadi universiti Malaysia pertama berjaya tergolong dalam 40 universiti terkemuka Asia, mengikut kedudukan terkini oleh Times Higher Education (THE) yang mengukur prestasi institusi pengajian tinggi (IPT) global. Mengikut Kedudukan Universiti Dunia 2019, UM kini di tempat ke-38 berbanding ke-46 pada tahun lalu daripada 400 universiti di Asia, namun masih dalam kelompok 301-350 terbaik daripada lebih 1,000 universiti seluruh dunia. Universiti tempatan lain…










