Trump yakin Jung On tidak mungkir janji - Utusan Malaysia

Trump yakin Jung On tidak mungkir janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 4 Mei- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yakin Pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un tidak akan memungkiri janjinya dalam mencapai persetujuan berkenaan program nuklearnya.

“Saya percaya Jong Un sedar betapa besar potensi ekonomi Korea Utara dan tidak akan sewenang-wenangnya melakukan perkara yang akan menjejaskan kelebihan itu.

“Beliau juga tahu saya sentiasa bersamanya dan tidak akan memungkiri janjinya kepada saya. Persetujuan akan dicapai!,” jelas Trump menerusi ciapan Twitternya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenyataan itu merupakan maklum balas Trump terhadap apa yang dikatakan berkemungkinan menjadi pelancaran peluru berpandu jarak dekat pertama Pyongyang selepas setahun lalu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini