Trump meninggalkan Jepun selepas lawatan - Utusan Malaysia

Trump meninggalkan Jepun selepas lawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 28 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meninggalkan Jepun selepas lawatan kerjanya, hari ini. Trump menjadi pemimpin luar pertama bertemu dengan Maharaja Naruhito yang baharu ditabalkan. Beliau bersama isteri, Melania menaiki Air Force One di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo untuk kembali ke Washington dengan mengisi minyak di Alaska. Mereka tiba pada Sabtu lalu dengan menyaksikan Trump bermain golf bersama Perdana Menteri Shinzo Abe, menyampaikan trofi gusti sumo dan menghadiri jamuan negara dengan Maharaja Naruhito. Beliau mengakhiri lawatan dengan melawat pangkalan tentera laut AS. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN