KUALA LUMPUR 7 Mei – OCBC Al-Amin Bank Berhad (OCBC Al-Amin) meneruskan tradisi mengagih bubur lambuk sempena Ramadan kepada orang ramai di sekitar ibu pejabat OCBC Bank, Jalan Melaka di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin, Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata, aktiviti itu adalah usaha pihaknya untuk berkongsi semangat bulan Ramadan bersama masyarakat selain memberi peluang kepada orang ramai menikmati juadah bubur lambuk.
“Sempena ketibaan bulan Ramadan, saya ingin berkongsi semangat perpaduan dengan bersedekah bubur lambuk.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sedekah sebenarnya memberi keseronokan dan diharapkan Ramadan tahun ini akan lebih bermakna kepada semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











