KUALA LUMPUR 29 Mei – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) berjanji akan memulangkan semula lebihan pembayaran jika terbukti berlakunya lebihan caj. Syarikat itu dalam kenyataan memberitahu, fokus utama TNB adalah untuk memastikan setiap aduan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil. “Ia akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan. TNB juga akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu ini. Kepada pelanggan yang terlibat, TNB memohon maaf atas kesulitan yang timbul,”…










