KUALA LUMPUR 1 Mei – Tiga sepupu antara enam yang ditahan selepas ujian air kencing terhadap mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam Op Cegah dijalankan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Gombak kelmarin. Ketua AADK daerah Gombak Syaiful Asfar A. Rahman berkata, operasi selama kira-kira empat jam itu dijalankan di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang dan Selayang. “Dalam operasi tersebut kita berjaya menahan enam lelaki berusia antara…









