Tiga pasang burung Kuang Raya tarikan baru di Lost World - Utusan Malaysia

Tiga pasang burung Kuang Raya tarikan baru di Lost World

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Mei – Tiga pasang burung Kuang Raya atau nama saintifiknya Great Argus menjadi tarikan terbaharu kepada pengunjung yang datang ke Lost World of Tambun (LWOT).

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, kesemua enam ekor burung Kuang Raya itu diperoleh menerusi program konservasi dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, dengan adanya pusat konservasi itu, pengunjung yang datang ke taman tema berkenaan boleh melihat dengan lebih dekat keunikan burung tersebut yang terkenal dengan keindahan bulunya.

Memuatkan artikel berkaitan…
Antara spesis burung Kuang Raya. - Foto: Zoo Kemaman
Antara spesis burung Kuang Raya. – Foto: Zoo Kemaman 

“Program ini merupakan usaha LWOT dalam memperkenalkan spesies haiwan tempatan iaitu burung Kuang Raya yang mungkin tidak dikenali oleh kebanyakan daripada kita.

“Malah menerusi program konservasi ini, kita dapat sama-sama membantu Jabatan Perhilitan membiakkan hidupan dalam spesies terancam ini sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Pusat Konservasi Kuang Raya di LWOT yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Dr. Abdul Kadir Abu Hashim di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini