MANILA 7 Mei – Seramai tiga orang maut manakala 73 lagi cedera selepas sebuah bas dan trak kargo beroda 10 bertembung dalam satu kemalangan malam semalam.
Kejadian itu berlaku di lebuh raya pekan Atimonan, wilayah Quezon.
Pemandu dan pembantu pemandu trak tersebut serta seorang penumpang terkorban di tempat kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut polis, bas terbabit dalam perjalanan ke wilayah Bicol, selatan Manila manakala trak itu menuju ke arah Manila.
Siasatan awal mendapati pemandu bas cuba memotong beberapa kenderaan di laluan dua hala lebuh raya berkenaan ketika ia bertembung dengan trak itu.
Kesemua yang cedera dibawa ke hospital berdekatan. – BERNAMA











