KUALA LUMPUR 30 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu sejak 17 Mei sehingga hari ini selepas disyaki terlibat dalam kumpulan militan. Kesemua mereka yang ditahan terdiri seorang warga tempatan diikuti Indonesia (1) dan Bangladesh (1). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador berkata, tangkapan pertama dilakukan pihaknya pada 17 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika hendak berlepas ke Mesir bagi menyertai kumpulan militan di sana. Ujarnya, suspek yang bekerja sebagai kontraktor itu dikatakan berpegang kuat kepada ideologi Salafi Jihadi dan menolak sistem demokrasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya