Tiga lagi pegawai kanan bertukar, naik pangkat - Utusan Malaysia

Tiga lagi pegawai kanan bertukar, naik pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat tiga pegawai kanannya berkuat kuasa 3 Jun depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran didahului Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Kedah, Deputi Superintenden Mohd Yusuf Shaari yang akan bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kulim dengan memangku pangkat Superintenden.

“Pertukaran seterusnya melibatkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket/Siber), Kelantan, Deputi Superintenden Ahmad Ariffin yang bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Jeli, Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Asmawati memberitahu, Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang, Sarawak, Deputi Superintenden Tega Bilong pula akan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kanowit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini