KLANG – Tiga beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan terselamat meskipun tercampak di jalan raya selepas motosikal dinaiki dilanggar dari belakang sebuah treler di Jalan Parang, Pelabuhan Klang di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, Muhammad Suffean Hashim Shamlan, 24, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Sementara isterinya, Wan Emilia Eliyshah Wan Mohd. Zulkarnain, 24, dan anak mereka, Muhammad Dhuha, 10 bulan yang cedera di muka dan kepala masih dirawat di HTAR. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya