GERIK 2 Mei – Tiga anggota bomba cedera termasuk seorang daripadanya parah setelah jentera yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 10.33 pagi itu berlaku ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dalam perjalanan pulang ke balai selepas operasi memadam kebakaran sebuah lori di Kilometer 39. Dalam kemalangan tersebut, seorang anggota parah manakala dua…










