Sejak mula bersiaran pada tahun 2004, program masakan popular, Ketuk-Ketuk Ramadan sudah sebati dengan penonton yang saban tahun menunggu kerenah hosnya Sheila Rusly ‘bersilat’ di dapur bersama selebriti jemputannya. Kini, selepas 15 musim ditayangkan menerusi TV1, JS Pictures, syarikat yang menerbitkan program tersebut mengesahkan bahawa Ramadan 2019 merupakan tahun terakhir Ketuk-Ketuk Ramadan bersiaran. Menurut pengarah dan salah pemilik bersama JS Pictures, Azman Yahya atau Jinggo, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan…










