Tiada kes dera di Tabika Kemas - Utusan Malaysia

Tiada kes dera di Tabika Kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Tiada kes penderaan berlaku di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Kemas setakat ini.

Itu pendedahan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun mengenai perkara itu hari ini.

Beliau berkata, banyak faktor yang menyebabkan kejayaan itu antaranya terdapat kawal selia dari pihak pengurusan Kemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, katanya, komuniti setempat turut memainkan peranan penting dalam menjadi mata dan telinga kepada Kemas.

“Tiada kes penderaan di Tabika Kemas. Selain guru-guru terlatih, kita punya pemantauan juga diadakan dari hari ke hari. Ada juga sesi kaunseling kepada para guru ini sewaktu pembelajaran dan pengajaran. Kita juga ada penyelia Kemas di peringkat Parlimen.

“Masyarakat setempat juga sebahagian daripada komuniti dan jawatankuasa bersama ibu bapa turut membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Institut Kemajuan Desa (Infra) Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini