Teruja dikunjungi ‘pendekar’ politik - Yazit Search - Utusan Malaysia

Teruja dikunjungi ‘pendekar’ politik – Yazit Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain drum Search, Yazit Ahmad, 57, terharu dan terkejut dengan kunjungan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman anaknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur petang tadi.

Yazit yang mengalami masalah buah pinggang sejak lebih daripada 11 tahun lalu berkata, dia sangat menyanjungi Anwar sebagai seorang legenda politik dan ‘pendekar’.

“Apabila beliau (Anwar) menyatakan hasrat untuk berjumpa, saya rasakan seolah-olah Allah telah kurniakan rahmat kepada saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dapat tahu hasrat beliau itu semalam ketika saya dan isteri sibuk mencari dan ingin membeli katil untuk tujuan rawatan di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai inti pati pertemuan hampir 20 minit itu, Yazit berkata, Anwar bertanya khabar selain ingin tahu perkembangan terkini kesihatannya.

“Kami banyak berbual mengenai masalah dihadapi saya sebagai anak seni, bukan isu politik sebab ia memang tidak sesuai dengan saya.

“Beliau turut menyebut mengenai jasa anak seni kepada tanah air dan lawatan beliau itu secara tidak langsung memberi semangat kepada saya,” katanya yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57 semalam. 

Menurut Yazit, seandainya pihak Anwar ingin menghulurkan bantuan kepadanya selepas ini, dia terima dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu rezeki.

Yazit turut meluahkan hasrat untuk mndapatkan bantuan kewangan kerana kos rawatannya yang melebihi RM3,000 sebulan.

“Buat masa ini saya mendapat bantuan rawatan dialisis dari Baitulmal. Rawatan dialisis akan dilakukan tiga kali seminggu,” ujarnya yang turut menyatakan akan sesekali bermain muzik bersama kumpulan buskers di sekitar Kuala Lumpur jika kesihatan diizinkan.

Terdahulu, selain Yazit, Anwar turut mengunjungi pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani pembedahan jantung hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini