Terjun tingkat 2, ligamen kaki Hairul Azreen putus - Utusan Malaysia

Terjun tingkat 2, ligamen kaki Hairul Azreen putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ligamen kaki kanan pelakon Hairul Azreen putus selepas terjun dari tingkat dua ketika

Hairul, 31, berkongsi khabar duka itu menerusi akaun Instagramnya pada tengah hari tadi.

“Ligamen kaki saya putus masa buat stunt (aksi lagak ngeri) terjun dari tingkat dua. Doakan saya boleh kembali beraksi semula untuk filem Wira,” tulisnya dalam Instagram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun begitu, Hairul reda dengan keadaan yang menimpanya dan berterima kasih terhadap keprihatinan pihak produksi.

“Hati sedih Tuhan sahaja tahu. Benda yang saya harap tidak jadi untuk kali ini, tetapi jadi juga. Saya terima dugaan ini dengan hati yang terbuka,” tulisnya lagi.

Sebelum ini Hairul pernah memgalami patah tulang jari pada tangan kanannya ketika menjalani penggambaran filem Paskal sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Selain Hairul, filem Wira arahan pengarah filem Paskal, Adrian Teh, turut dibintangi oleh Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini