Terima sogokan set kayu golf: Jurutera JKR direman - Utusan Malaysia

Terima sogokan set kayu golf: Jurutera JKR direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 28 Mei – Akibat menerima sogokan set kayu golf bernilai RM1,990 Mac lalu sebagai balasan tender penyelenggaraan jalan, seorang Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) direman selama dua hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu dikeluarkan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh Majistret Rini Triany Muhamad Ali di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada pukul 10.40 pagi memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia sebelum itu ditahan pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, suspek didakwa menerima tujuh kayu golf pada 15 Mac lalu daripada seorang kontraktor sebagai balasan untuk mendapatkan tender kerja penyelenggaran jalan di sebuah daerah di Selangor.

“Kontrak berkenaan melibatkan kerja-kerja mengecat semula garisan jalan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini