KUALA LUMPUR 1 Mei – Cadangan kerajaan untuk memperluaskan pemakaian Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) kepada golongan bekerja sendiri, disifatkan sebagai tepat pada masanya. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu bertepatan kerana aspek kebajikan pekerja termasuk yang bekerja sendiri harus dijamin. “Dalam usaha untuk melindungi pekerja di negara kita sama ada pekerjaan sendiri atau bagi golongan nelayan, petani dan…










