PELABUHAN KLANG 1 Mei – Kegiatan seorang lelaki merupakan tekong bot warga Indonesia yang baru berjinak-jinak membawa keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah membawa padah apabila dia ditahan bersama dua buah bot pom pom di Laut Selat Rawa, Pulau Ketam di sini semalam. Dalam tangkapan kira-kira pukul 6 petang itu, selain tekong bot terbabit, turut berjaya ditahan 30 warganegara Indonesia beserta…










