WELLINGTON 21 Mei – Suspek pengganas yang didakwa melancarkan serangan tembakan sehingga mengakibatkan 51 penduduk Islam terbunuh di dua masjid di Christchurch secara rasmi akan didakwa melakukan keganasan buat pertama kali hari ini.
Polis dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Tindakan Keganasan di bawah seksyen 6A Akta Keganasan 2002 akan difailkan terhadap Brenton Tarrant.
Sehubungan itu, Tarrant kini berdepan dengan 51 pendakwaan membunuh dan 40 cubaan membunuh dalam insiden 15 Mac lalu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











