Takiyuddin ibarat hina raja Melayu - Utusan Malaysia

Takiyuddin ibarat hina raja Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 11 Mei – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bukan sahaja bermulut celupar, malah boleh dianggap menghina institusi raja-raja Melayu apabila mempersoal kelayakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri disebabkan status beliau sebagai bekas banduan.

Ketua Biro Komunikasi Media Urusetia Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Che Isham Shahruddin Che Hamat Nordin berkata, harus diingat Anwar telah mendapat pengampunan sepenuhnya daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Menurutnya, sebagai ahli politik yang dikategori sebagai matang, Takiyuddin sepatutnya berfikir dahulu sebelum membuat kenyataan yang memakan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Barangkali Ahli Parlimen Kota Bharu lupa bahawa pengampunan yang diterima oleh Datuk Seri Anwar adalah daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

“Setahu saya, Tuanku seorang raja yang cukup disegani serta berpendirian tegas dalam membuat keputusan. Adakah beliau mahu mengatakan baginda boleh dipengaruhi oleh orang lain dalam membuat keputusan?” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Rabu lalu, Takiyuddin dilaporkan melontarkan persoalan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri dalam satu ceramah di Taman Indah, Sandakan, Sabah.

Mengulas lanjut, Che Isham Sharuddin berkata, sebagai seorang peguam bela yang ‘muktabar’ Takiyuddin sepatutnya arif dalam membezakan antara banduan jenayah sivil dengan banduan konspirasi politik.

Katanya, sewaktu Pas menjadi rakan sekutu

Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dulu, Takiyuddin turut ikut mempertahankan Anwar kerana percaya beliau mangsa konspirasi politik.

“Jadi kini mengapa skrip itu sudah berubah dengan begitu drastik,” sindir beliau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini