Syarikat tersenarai perlu lebih wanita - Utusan Malaysia

Syarikat tersenarai perlu lebih wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menggesa semua syarikat tersenarai untuk menggalakkan penyer­taan 30 peratus atau lebih kaum wanita dalam kedudukan ahli lembaga pengarah.

Menurut laporan Corporate Governance Monitor 2019 (CG Monitor) yang dikeluarkan SC, terdapat peningkatan tujuh peratus penyertaan wanita dalam 100 syarikat tersenarai teratas kepada 23.68 peratus berbanding 16.6 peratus pada Disember 2016.

Katanya, ia juga menyaksikan peningkatan empat peratus wanita dalam semua syarikat tersenarai kepada 15.69 peratus berbanding 12 peratus sebelum itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia agak perlahan dalam hal ini tetapi menunjukkan kemajuan yang baik untuk meningkatkan penyer­taan wanita. Ahli lembaga pengarah perlu memahami nilai bahawa terdapat keperluan kepelbagaian jantina dalam kedudukan lembaga pengarah dan pengurusan kanan.

“Ia tidak seharusnya dilihat sebagai agenda wanita tetapi dari segi rasional ekonomi yang harus diterima dan difahami. Malah terdapat badan penyelidikan mendapati penyertaan wanita memberi impak positif kepada prestasi ekonomi syarikat,” kata laporan berkenaan.

SC menyasarkan untuk mencapai 30 peratus penyertaan wanita dalam ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat tersenarai menjelang 2020 dan yakin ia boleh dicapai berdasarkan pencapaian ketika ini adalah 23.7 peratus. Golo­ngan wanita perlu memenuhi 54 jawatan di peringkat tersebut bagi membolehkan sasaran berkenaan dicapai.

Jelas laporan itu, pada 2018 satu kajian dijalankan membabitkan 403 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang mendapati penyertaan wanita menyumbang secara positif kepada prestasi syarikat dari segi keseluruhan pulangan atas aset dan bilangan wanita dalam lembaga pengarah.

“Lebih ramai wanita dalam lembaga pengarah, lebih baik pulangan atas aset direkodkan. Kajian itu mendapati, 30 peratus atau lebih wanita dalam lembaga pengarah, ia menyumbang kepada peningkatan sehingga lapan peratus pulangan ke atas aset syarikat,” katanya.

Berdasarkan laporan itu, pada tahun lalu, didapati 25 peratus pelantikan baharu wanita dalam lembaga pengarah dan 41 peratus daripadanya berumur di bawah 50 tahun manakala 10 peratus di bawah 40 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini