KANGAR 4 Mei – Syarikat-syarikat korporat di negara ini disaran menjadikan buah mempelam harumanis sebagai hamper untuk dikirimkan kepada pelanggan serta rakan-rakan strategik mereka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan pada masa-masa akan datang. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian kerana, musim kemuncak harumanis tahun ini serta dua tahun ke depan adalah dijadual pada Mei dan Jun. Selain itu, titah baginda, terdapat juga pelbagai…










