IPOH 28 Mei – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah serta berbuka puasa di Masjid Sultan Azlan Shah di sini. Keberangkatan baginda diiringi oleh Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu;…










