KUANTAN – Seluruh Pahang mula berkabung selama 40 hari susulan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 8.50 pagi semalam. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, selama tempoh berkabung, semua bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang dan tiada acara keraian atau hiburan dibenarkan untuk tempoh tiga hari pertama sehingga 12 tengah hari Sabtu. Katanya,…